menjadikan hidup ibu dan ayah lebih bermakna..
Tawa mu..buatkan..
stress kerja yang berkurangan
buatkan..
hati yang gundah dengan pelbagai masalah
jadi tenang dan damai..
buatkan..
kami terus untuk senyum dan ketawa bersama..
segala yang terlintas di fikiranmu..
itu yang cuba kalian lakukan..tanpa memikirkan bahaya..
tanpa memikirkan baik dan buruknya..
oleh itu..
ayah dan ibu tak pernah berhenti mengingatkan dan menegurmu..
tegur bukan kerana kami marah..
bukan kerana kami benci..
bukan juga kerana kami tidak sayang..
lantaran Kasih dan Sayang yang tiada tolok bandingnya..
kami lakukan itu untuk kalian..
biarlah kami lihat kamu menangis dulu...
sebelum kami menangis melihat keadaan kamu bila sesuatu yang buruk berlaku ke atas kalian..
biarlah kami sakit dulu...
sebelum melihat kamu derita menanggung sakit
lakaran warna apakah yang sesuai utk kalian?
itulah yang sering kami fikirkan untuk kalian...
pepatah ada mengatakan..
anak ibarat sehelai kain putih..ibu ayah adalah warna yang melakarkan corak ke atas kain itu..
Kain itu adalah kalian
Warna itu adalah kami..
Semoga kalian menjadi seorang anak yang soleh dan solehah..AMIN..
No comments:
Post a Comment