Tuesday, May 5, 2015

Guru: Versi 2

Assalamualaikum... pembuka bicara...

Keinginan untuk menjadi seorang guru.. bermula masa aku darjah 1 lagi. Memang dulu2..kanak-kanak hanya tahu nak jadi guru,askar, polis dan doktor..
Mungkin kerjaya2 ni je yang sinonim dgn zaman kanak2 aku dulu. Dulu tak macam sekarang, kanak2 lebih terdedah dgn media sosial... mereka tahu apa dia pensyarah, jurutera, juru terbang...

Ok..

Kenapa harus GURU?
Pada ketika itu, waktu itu, saat itu.....

  1. suka tengok imej cikgu2 yang masuk ke kelas. cantik, kemas dan rasa macam ada satu rasa.. 'gah' bila bawa buku ringkasan, BBM, ada 'bodyguar' tlg bawa brg2 masuk kelas. aku lah salah seorang bodyguard cikgu...hi3
  2. cikgu tahun 1 aku sangat pandai melukis. love her drawing...seriously..
  3. cikgu aku sangat2 berkebolehan..pada waktu tu seorang guru..means guru kelas akan ajar semua subjek kecuali BI dan Agama Islam. aku rasa..menjadi guru...guru seorang yang serba tahu...
  4. aku suka skodeng cikgu2 tahap 2 mengajar bila aku dah habis waktu belajar. sementara tunggu ayah datang ambil.
  5. last but not least... DOA ibu ayah .. ayah yang kuat and tegas nak aku jadi GURU...

alhamdulillah...
hampir 8 tahun bertugas menjadi seorang guru..

InsyaAllah... akan terus berusaha untuk menjadi seorang guru yang menyumbang ilmu dan tenaga kpd anak bangsa.

Doa dari insan2 tersayang menjadikan aku lebih kuat dan bersemangat...dalam menempuh setiap dugaan dalam dunia pendidikan yg sgt2 mencabar sekarang!


Perjalanan Hidup Kami

Daisypath Anniversary tickers