Friday, March 12, 2010

Who is she?

My name is NUR AUNI NAQIBA BT HERWADI...

Itu ler nama puteri sulongku..berusia 5 tahun.Sudah pun bersekolah sejak setahun yg lalu.Dia bersekolah di Pasti An-Nur.Tahun lepas Auni dapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun.(Bangga ayah n ibu..)

Auni di lahirkan pada 7 Januari 2005, di Hospital Banting, Selangor.Tapi sayang, auni sempat bersama ibu hanya satu minggu.Kemudian ibu terpaksa balik ke kampus untuk menduduki peperiksaan akhir.Waktu itu ibu dalam tahun ke 3 di UPSI.(Universiti Pendidikan Sultan Idris).Tinggal lah auni dengan nenek.Kesian auni,tak dapat belaian sepenuhnya dari ibu pada waktu itu..teramat susah untuk ibu tinggalkan auni dgn nenek walaupun utk sementara.Setiap waktu ibu ingat pada anak ibu..lebih-lebih lagi bila waktu auni minum susu.

Tapi ibu yakin...auni seorang anak yang sangat berdikari dan cerdik..belum pun sampai 3 bulan auni dah pandai gelak..bila tahu auni boleh gelak,lagilah ibu rasa sayu nak tinggalkan auni dgn nenek...Alhamdulillah...auni beruntung sangat sebab walau ibu tak dapat bersama dengan auni sepenuh masa waktu itu, tapi auni dapat perhatian ramai dari semua org disekeliling auni.Atuk, nenek, pak ngah(yg suka beli makanan/jajan utk auni), mak ikin(yg suka beli mcm2 utk auni), mak ijah (yg suka cium auni), pak anjang (yg sabar melayan kerenah auni), cik amdi (yg suka mengusik),cik ateh (yg slalu ajak auni naik motor pusing kg),mak ucu (yg slalu buat susu utk auni)..emmm..lengkapkan...

Ayah?..Walaupun ayah tak bersama auni waktu tue,tak bermaksud ayah tak sayang auni.Ayah duduk di Bagan Lalang..Mudah utk ayah berulang alik ke tempat kerja.Waktu kerja ayah tak menentu,jadi susah untuk ayah jaga auni kerana pengasuh tak nak jaga sampai malam.Jadi dripada ank ibu dan ayah terbiar,lebih elok auni duduk dengan nenek n atuk.

Ape yang menarik tentang anak ibu nie..setiap hari ada sahaja telatah dari auni yang mencuit hati.Auni seorang mudah mengikut bila di ajar. Usia auni setahun, sudah pandai mengira 1 hingga 10.Auni tak pelat pun masa mula bercakap..itu yang ibu rasa..wah!..bijaknyer anak ibu dan ayah.Dan tanpa di sangka-sangka, usia auni 3 tahun,dia dah minta utk ke sekolah.Sebab itu, auni ke sekolah sejak usia 4 tahun.Ianya atas kerelaan hati auni sendiri..dan alhamdulillah..auni sangat mudah untuk ke sekolah.(Mohon semoga dia terus mudah..mudah mendengar kata dan belajar...Amin)




















No comments:

Post a Comment