Wednesday, April 25, 2012

Al-fatihah...Edrian Zemier Elyyas

Menyingkap kisah Edrian, anak sahabatku Ernie dan Hatman,kanak2 berumur 1 tahun 5 bulan yang terjatuh dalam jagaan babysitternya mengalami kecederaan dalaman yang kritikal telah bertarung nyawa hampir seminggu di Wad Rawatan Rapi, Institut Pediatrik HKL. Hari ini,25 April 2012, jam 10:05 pagi Edrian telah kembali pulang ke Rahmahtullah. InsyaAllah Edrian akan dikebumikan di Kuala Pilah. Billion terima kasih kpd semua sahabat yg tlh mengikuti kisah Edrian dan yg telah mendoakan kesejahteraan Edrian. Alhamdulillah saya berkesempatan berjumpa dan memberikan ciuman yg terakhir kpd Edrian. Kpd sahabat semua sedekahkanlah Al-fatihah utk Edrian, semoga rohnya dicucuri rahmat.
(copy from fb azam...)

Tidak ada di antara kita yang akan tahu bila akan mati..melainkan dia di berikan mukjizat ... atau karamah.. Tidak ada diantara kita juga yang dapat, melawan ketentuan Allah swt ... Ketawa ..senda gurau, senyum..jelingan manjanya...tidak siapa di antara kita yang tahu ia akan hilang sekelip mata... Allah swt maha mengetahui...

(piv from fb ernie )
 Senyum dan tawa anak kecil adalah penawar yang paling bermakna untuk insan yang bergelar ibu dan ayah..tawa mereka adalah penyejuk hati kami..

(pic from fb ernie)
 keletah si anak kecil ini...akan terus menjadi kenangan dan kerinduan buat mereka yang mengenalinya..

(pic from fb ernie)
 Ketabahan si anak kecil ini bertarung nyawa..tidak padan dengan usianya...oleh itu teman-teman..jika kita di uji denganNya..ingatlah...ada yang lebih sakit dan derita...
namun riak si kecil ini..amat tenang dan damai..seolah-olah menyampaikan pesan kepada ayah dan ibunya..juga mereka yang mengenalinya...bahawa dia mampu menanggung kesakitanya..
Ya Allah ...Ya Tuhanku..
Anak kecil ini memang tabah..cekal..

(pic from fb ernie)
Al-fatihah buat Edrian Zemier Elyyass..
Semoga Ernie dan keluarga tabah menghadapi ujian Nya
Salam Takziah dari kami sekeluarga untuk kalian..

Edrian akan menunggu kalian di syurga...
Buat teman-teman..kirimkanlah hadiah untuk arwah berpanjangan...bukan sekadar untuk hari ini..tapi untuk hari mendatang juga...

No comments:

Post a Comment