Wednesday, August 4, 2010

Sampainya hati mereka...

Entry kali nie saya benar2 kecewa dengan sikap segelintir insan yang berada di luar sana yang terlalu mementingkan diri...kecewa sangat2..Begini ceritanya..satu petang tengah saya bawa anak2 bermain di taman permainan yang tidak jauh dari rumah..saya terpanggil untuk bertanya khabar memandangkan saya jarang nak bersua muka dengan jiran pada waktu bekerja.
Saya tanya kepada jiran saya dari mana,kerana melihat rupa dia yang agak lesu dan lengkap berbaju kurung.Seperti baru menghadiri satu majlis rasmi...ooops lupa pula..jiran saya merupakan ibu tunggal kepada 7 orang anak yang sedang meningkat dewasa..(kalu x silap ler...hu3)
Si ibu bercerita kepada saya yang dia dan anak sulongnyer baru balik dari Pusat Zakat untuk memohon bantuan persekolahan anak2 tahun hadapan. Dia mempunyai 4 orang anak yang bersekolah..dan setentunya agak perit untuk membiayai belanja sekolah anak2..sedangkan saya yang bekerja suami isteri...belanja sekolah untuk dua orang anak mencecah hampir RM1k untuk persekolahan mereka...ini kan pula si ibu yang hanya bekerja di kantin sekolah..cuba lah bayangkan...peritnya..
Melalut pulak..ok sambungan citer tadi..Setibanya di sana mereka berjumpa dengan seorang hamba Allah nie..dan bertanyakan kenapa anak2 mereka tidak layak untuk menerima bantuan persekolahan dari zakat lagi dengan alasan anak2 yatim bukan asnaf(golongan penerima zakat)..dengan nada yang baik si ibu bertanya...tapi apa yang mereka dapat...jawapan yang amat menyakitkan hati...dan menjatuhkan maruah mereka...seolah-olah mereka mengemis dengan org2 itu..
Wahai sahabat2 ku...apa yang anda rasa jika anda di tempat mereka????????? Mengapa seorang insan yang berstatuskan USTAZ sanggup meluahkan kata2 sedemikian...wa'ima pun mereka tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut...kenapa harus memalukan mereka? Atas alasan apa?Adakah kerana pihak mereka malas nak melayan kes2 yang remeh seperti itu...tapi itu kan yang di katakan MESRA PELANGGAN? Tak terfikir kah di hati dan fikiran mereka seandainya si ibu itu adalah isterinya yang memohon bantuan utk ank2 nya apabila dia MATI...na'uzubillah...saya tidak mendoakan sebegitu buruk...tapi kata2 itu mengaibkan mereka..Mereka ke sana untuk mengadu atas cadangan orang2 yang sepatutnya menguruskan hal2 seperti itu..( i think so..) tapi tidak mahu campur tangan..so????? siapa yang harus dipersalahkan...
Memang benar,si ibu mempunyai 3 orang anak yang telah bekerja..tapi pendapatan mereka tidak seberapa..dan ada juga anaknya yang tidak bekerja tetap..secara tidak langsung si ibu menanggung mereka..RUMAH..betul rumah yang mereka diami adalah selesa..tapi itu tinggalan arwah suaminya...At last...saya anggap sahaja mungkin saya sendiri tak berapa arif tentang pembahagian zakat nie...coz saya jahil tentang semua nie..tapi entah la...bila saya ajukan pada insan yang lebih arif...sekejap suruh tanya orang nie...orang nie pulak kata tanya orang nie..jadi macam mana????

No comments:

Post a Comment