Nama: Nur Auni Naqiba Herwadi
Tarikh lahir: 7 Januari 2005
Masa: 9.55 a.m
Berat: 3.5 kg
Cara kelahiran: Sefalik
baru beberapa hari di lahirkan auni sudah pandai memberikan pose yg comel ..
senyuman auni buatkan ibu selalu rindu pada auni bila ibu di UPSI..
Ya..auni dan ibu tak bersama selama hampir 1 1/2 tahun..
kerana ibu masih belajar di UPSI..
auni ibu tinggal sementara waktu dengan nenek di kampung...batu laut..
dalam tempoh itu juga auni jauh dari ayah..sebab ayah duduk di bagan lalang..
tuntutan kerja buatkan ayah tak dapat bersama auni juga..
lantaran kasih sayang yg penuh kami terpaksa berpisah dengan auni untuk beberapa waktu sahaja..
kerana kami ingin menyelesaikan tugasan kami demi masa depan auni juga..
auni beruntung sebab auni dapat banyak perhatian dan kasih sayang dari banyak pihak..
atuk dan nenek..
pakcik dan makcik...
juga ayah dan ibu..
jumpa dengan permata hati kami..
rindu yang teramat sangat..
tambahan pula auni masih menyusu badan..
tapi hanya 2 minggu auni menyusu badan ibu..
mungkin kerana kita jauh auni dah tak nak minum susu ibu..
sedih mmg sedih..tapi ibu akur..
auni tetap kami sediakan susu formula yang terbaik
supaya auni dapat gizi yg seimbang..
setiap detik terdengar sayup tangisan auni ..
ia amat menyentuh hati ibu bila mana air susu ibu banyak nak membengkak..
kerana ibu tahu..dah tiba masanya auni menyusu tapi ibu tidak bersama auni..
susu yang diperah terpaksa ibu curahkan ke tanah..
bukan membazir..tapi ibu tak tahu nak buat mcam mana..
silap ibu juga kerana tak bersiap sedia untuk semua itu..
Kerinduan ibu terubat bila ibu menatap wajah auni didalam kamera..setiap malam pasti ibu lihat wajah auni ..setiap kali balik ke kampung..ibu akan rakamkan detik indah bersama auni dan juga perkembangan auni..
auni anak yang tabah..
setiap kali ibu belai auni..ibu akan bisik di telinga auni..
ibu sayang auni..
ayah sayang auni..
auni lah nyawa kami..
semoga auni menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup..
No comments:
Post a Comment