Wednesday, September 11, 2019

Kids @ the KIDzania


Post ni dah bersawang diruang draft...
Ok la ibu post hari ni ye...
post ni untuk kenangan anak anak ibu...

peringatan juga buat ibu dan ayah...
yang.
anak2 ibu dah semakin dewasa
anak2 ibu dah semakin cantik dan tampan
anak2 ibu juga semakin hari akan mula jauh dari ibu...
bukan jauh dari sudut hati..
tapi jauh untuk meluangkan masa bersama
sebab anak2 ibu sibuk .. ibu pun sibuk...
lagi2 kakak yg sekarang duduk di asrama nunnnnn jauh di sana

ibu tahu kita punya tgjwb dan amanah yg perlu digalas..
apapun, ibu ayah sentiasa mendoakan kejayaan anak2 ibu..




Kapten Hazim Fakhruddin Herwadi 😜😜😜
Dulu hazim bercita2 nak jadi pilot... tapi bila musim kejadian pesawat terhempas dan hilang bagai...dia kata tak jadi lah nak jadi pilot...nanti hilang ..😞


Kapten Nur Auni Naqiba Herwadi...
Kakak memang tak minat turun naik kapal terbang.. tak tau kenapa..dia kat gayat 

Comel tak chef hazim 😜

Chef auni,,
Auni pernah tanya kalau jadi chef boleh ke sambung ke luar negara...
alahai anak... skrg ni bukan setakat bljr masak ke luar negara... nak makan pun boleh keluar negara 😂
ok la...ibu nak sambung menanda kertas... nnt kita up lagi cerita ye...

Trip Melaka 2018









































Tuesday, January 8, 2019

Melati Hill Dalam Kenangan 2018


Assalamualaikum..

Lama rasanya tak berkongsi memori di dalam blog ni. Dah Mula bersawang blog ni. 😀😁

Alhamdulillah dah 8 hari bernafas untuk tahun 2019.
Entri kali ni , nak throwback 2018. 😉

Sejak dua menjak ni, aktiviti mendaki semakin mendapat tempat dihati orang ramai. tak ketinggalan juga saya..tapi sekadar suam suam kuku je 😌

Bukan tak nak mendaki selalu... tapi kekangan masa buatkan ianya terbatas.
Apapun ada la dalam 2 kali dapat lepas gian mendaki di Bukit Melati ...


 Suasana Pagi yg berkabus di Melati Hill. Tak la jauh sangat dari rumah saya. Cuma nya , terbatas waktu kelapangan yang ada. InsyaAllah, mudah mudahan semoga 2019, lebih banyak peluang saya untuk melakukan aktiviti spt ni. 


My mate, mendaki bersama sama, semput dan kejung bersama. Sehati sejiwa katanya . Hahahhaahaa.
Dia lah jiran yang setahun 5 ke 6 kali bersua muka .. berhubung melalui Wassap .. ahaksss.. 
rumah selang dua jer 😂
Kak lin... kami sama2 guru. Cuma berlainan sekolah. Jarak saya ke sekolah 22km. Kak lin pula hanya bbrp km je, bak kata empunya badan tak sempat nak kentut dah sampai ...😂


Check point 1. Sebelum ni kami lalu .. laluan centipede je. 


Tapi kali ni.... kami cabar diri kami ikut laluan lain. yang lebih mencabar.. bagi kami la yang x berapa nak teror sangat kan.. Mana tidaknya, atuk umur 50 boleh jalan depan tinggalkan kami 😂😂. Nampak tak kat situ betapa kami sangat menyantuni warga emas ..😂😂


Mujur ada Kak Nora. Kak nora berulang dari selayang ke nilai semata2 nak daki melati hill. It Takes bout 2 hours utk ke nilai. Gigih kan kak nora? Malu kami... hehehhehe



Ni entah kali ke berepa kami berhenti... hahahahhahaaa..
kali ni berlemui seluar baju n kasut, tergelincir 
trek basah sebab baru lepas hujan.


Kak nora datang dgn her husband. Tapi bila jumpa kami, she decided to hike with Us yg sangat2 la kura2. Kak Nora umur dalam 47 kalau x silap... tapi dia sgt FIT... kami Flaaaaaaaatttt 😂


Sepanjang nak sampai puncak... 1001 macam bebelan dan ceramah nak sampai ...hahahhahahaa
ni last check point kami rehat...


nampak tak... senyum sampai nmpk gigi... acah2 syoook la dah nak sampaikan.Padahal... rasa nak pitam..


Kak Nora... maintain je .. kami ni dah terjelir lidah nak smpaikan ke puncak...


alhamdulillah kami selamat turun .. selepas hampir 1 jam...hahahhahaaa...
sepatutnya tak sampai mcm tu pun tapi dah kami ni level2... kenderaan berat yg lalu di laluan paling kiri kan...😂😂😂


Tq kak... sanggup layan kerenah adikmu ni , ahakssss
tanpa sedar akak dan saya berjaya lalui laluan tersebut.... punya seronok tak terkira sbb berjaya kan..sepanjang jln balik tak cukup mulut nak cerita sesama sendiri...hahahhahahah

semoga 2019 kita hiking lagi eak...
jgn serik tau