Friday, March 28, 2014

Bayangan Rindu..

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak akhir-akhir ni..terlalu banyak peristiwa yang menyentuh hati ... bukan hanya pada diri ini malah semua...satu dunia .. khususnya Malaysia..

#MH370#

Dunia melabelkannya sebagai Pesawat Misteri..
Apa pun teruskan untuk berdoa semoga mereka yang di dalam pesawat tersebut aman..

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Kau permudahkan lah segala urusan dalam misi mencari MH370
 Jika ia masih dilangit Mu.. Kau turunkanlah ia
Jika ia masih dibumi Mu..Kau keluarkanlah ia
Jika ia masih didaratan Mu.. Kau zahirkannya Ya Allah ..

8 Mac 2014 .. tarikh bersejarah untuk Malaysia.. selepas tragedi Tanjung Kupang..

Semoga ahli keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini..

MATI itu pasti..

@@@@

Kenapa perlu berbalah.. menuding jari ..meluahkan rasa ketidakpuasan hati..
menulis ucapan..yang berbaur hinaan.. menjatuhkan .. ketidakpuasan hati..
hanya kerana MH370 belum ditemui..

BENAR!! 
Bangkai pesawat tidak dijumpai lagi tapi...
Tak perlu lah 'Kita' memandai mandai membuat andaian yang pelbagai mempertikaikan kreadibiliti orang2 yng telah bertungkus lumus handle this problem

as a Muslim..
Keep praying for them..
itu adalah lebih baik daripada dok mempertikaikan semua kerja orang..
mereka insan yang lemah tak sempurna..
Itu bukan dugaan untuk PEMIMPIN kita sahaja..
bukan untuk KELUARGA mangsa
SAHABAT HANDAI mangsa..

TAPI ..
untuk KITA SEMUA..
peringatan untuk KITA SEMUA..
sama-sama kita BERSATU..memperbetulkan mana yang silap..

LIHAT pada DIRI kita dulu..
kemudian.. KELUARGA kita..barulah..yang lebih besar..
kalau kita sama-sama memainkan peranan untuk memperbaiki mana yang silap..kelompok yang kecil dulu adalah lebih baik daripada terus menuding kerja orang lain

KITA sama2 BERDOA semoga MALAYSIA kekal aman..
Sama2 BERDOA semoga saudara sesama islam kita diluar sana..dilindungi daripada kuasa2 ZIONIS..

****
BERHENTI lah kita daripada terus menuduh Kapt Zaharie dan Asst Pilot tu..

Ingat.. setiap yang kita kata kalau tidak betul adalah FITNAH..

SEMOGA KELUARGA KAPTEN ZAHARI DAN KELUARGA ASST PILOT MH370 DIBERI KEKUATAN UTK MENGHADAPI SEGALA TOMAHAN..
INSYAALLAH..
TERUSKAN BERDOA...RAKYAT MALAYSIA...UNTUK MALAYSIA..


Saturday, March 15, 2014

Muzium Tentera..throwback..

Assalamualaikum...

Al kisahnya muzium ni, pada asalnya tidak di dalam perancangan. Akan tetapi ..berlakunya..salah tengok tarikh nak menghadiri kenduri kahwin staff suami..
Ini lah yang dikatakan...KITA hanya merancang tapi Allah swt yg menentukannya..

Sesungguhnya perancangan Allah swt sgt indah..
Dah berzaman rasanya nak ke sini..tapi Alhamdulillah hari ni..x semena mena sampai juga kami di sini

Anak-anak suka sangat bila sampai sini..
Hazim lah orang yang paling teruja dengan setiap benda yg di pamerkan di sini..

Biasalah kan..kanak2 bila nampak kereta polis..nak jadi polis..
nampak kapal terbang nak jadi pilot
nampak kereta kebal... nak jadi askar..
itu lah hazim..

tapi dalam banyak2..dia masih nak jadi PILOT..
insyaAllah.. ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik utk hazim dan kakak auni

so.. moh kita layan pic..








itu lah sebahagian daripada gambar yang ada.. tapi rasanya ada lagi..tapi nnt ye..nak stop dulu...ada janji ..

assalamualaikum..

Tuesday, March 11, 2014

Ya Allah..Permudahkanlah...


Hari ini..masuk hari yang ke empat pesawat MH370 hilang.
Ke mana dan Di mana MH370 semua orang tak tahu.

Besar sungguh dugaan ini buat ahli keluarga mangsa pesawat MH370
Bukan setakat ahli keluarga tapi..
seluruh DUNIA turut bersedih dan tidak putus berharap dan BERDOA


 Semoga kita tidak terus putus asa untuk terus BERDOA
Ya Allah .. jika ia dilangit KAU turunkanlah
jika ia didarat KAU keluarkanlah
jika ia didarat KAU tunjukkanlah kepada kami Ya Allah...




Semoga MH 370 dibawah dilindunganNya..
teruskan berDOA..

pic sumber dari google pic.com